Ahad, 29 Jun 2008

Program Amal Tahlil,Doa Selamat & Raikan anak2 Yatim

Pada 26hd Jun 2008. Properd Johor telah menjalankan Program Kemasyarakatan, iaitu Program Tahlil (Kepada semua keluarga AHLI PROPERD MALAYSIA yg telah tiada, serta Anak2 Yatim & Pemberi Sumbangan) Doa Selamat (Kepada Semua AHLI PROPERD MALAYSIA, serta Anak2 Yatim & Pemberi Sumbangan) & Meraikan Anak2 Yatim.
Jutaan Terima kasih kepada Pemberi sumbangan untuk menjayakan program amal ini, diharap kita semua mendapat keberkatan.... Amin.
Program berjalan lancar, bermula dengan Solat Isyak berjemaah yg diimankan oleh Ustaz Abd Hamib Bin Marekee (Guru Besar Sek. Agama Kangkar Tebrau), Selepas Solat terus menjalankan Tahlil dan Doa Selamat.Selepas Ucapan ringkas daripada Guru Besar, Tuan Hj Hamzah Bin Atan (Pengerusi Badan Kebajikan merangkap Ketua Kampung Kangkar Tebrau) pula membuat ucapan ringkas, dimana beliau terharu dengan adanya Kelab Berkereta yang menjalankan Ativiti sebegini. Bagi pihak Properd Johor Pengurus Projek menjadi wakil untuk berucap.
Dalam Program ini Properd Johor turut menjemput En. Norisham Bin Kasmuri (Penceramah Motivasi Bertauliah) untuk memberi motivasi kepada Anak-anak Yatim. Majlis diserikan oleh Kumpulkan Nasyid dari Sekolah berkenaan. Selesai Nasyid, Properd Johor menyampaikan. Cenderamata & Wang Tunai kepada Ustaz Abd Hamib Bin Marekee (Guru Besar Sek. Agama Kangkar Tebrau), untuk meringankan beban anak2 yatim. Selepas itu semua menikmati makan malam bersama.
Terima Kasih juga kepada Saudara Mike (Timbalan Presiden Properd Malaysia), Saudara Bonggek (Naib Setiausaha Kehormat Properd Malaysia) kerana sudi hadir untuk memeriahkan majlis Amal ini(Dari Kuala Lumpur), Mie-muo & rakan2 (Wakil Muar), Z-Media & rakan2 (Wakil Properd Melaka)
Program di akhiri dengan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah oleh semua ahli Properd Johor.
Taniah untuk Semua...Wassalam



Tiada ulasan: